Ecofirst Products
 
English   Malay   中文
Penstabil Voltan EcoStorm
Kuasa berlebihan dengan penjimatan bahan bakar
Pretasi kenderaan anda dipengaruhi oleh peralatan elektronik dalam kereta dan keberkesanan peralatan ini berfungsi dengan enjin.
Jika voltan dalam kenderaan tidak stabil, kenderaan anda mungkin akan mengalami masalah seperti penggunaan bahan bakar yang tinggi, jarak pemanduan yang rendah, pendikit kurang responsif, enjin tidak dapat dihidupkan (misfire) dan penukaran gear yang tidak lancar.Jadi, munculnya EcoStorm!!
EcoStorm telah dipaten dan berasaskan teknologi dari Jepun. Ia merupakan penstabil voltan serba guna dengan Sistem Doktor Bateri terbina dalam dan Sistem Pengurangan Gangguan. Dengan EcoStorm, kenderaan anda pasti di bawah kawalan baik kerana ia dapat menyelesaikan masalah-masalah yang berpunca daripada ketidakstabilan voltan.
 
Cara Pemasangan:
HANYA masukkan EcoStorm ke dalam soket pencucuh rokok bagi menghidupkannya. Anda boleh memasangnya ketika pencucuhan HIDUP (ON) atau MATI (OFF). Tiada peralatan khas diperlukan.
 
 
Soalan-Soalan Lazim
1. Apakah EcoStorm ?
  • EcoStorm ialah sejenis peranti penjimatan bahan bakar yang mampu meningkatkan kuasa dan tork enjin, serta memperbaiki prestasi kenderaan anda.
2. Dari manakah teknologi ini berasaskan?
  • Teknologi Pengoptimuman Mikro-Tenaga EcoStorm adalah berasal dari Jepun.
3. Apakah kelebihan-kelebihan lain EcoStorm?
  • Meningkatkan tork, kuasa kuda dan respons enjin
  • Memperlicin sistem gear automatik
  • Mengurangkan gangguan bunyi enjin
4. Berapa banyak bahan bakar yang dapat dijimat?
  • Penjimatannya berbeza-beza berdasarkan jenis kenderaan dan teknik pemandu sendiri. Umumnya, anda dapat menjimat bahan bakar sebanyak 25%.
5. Bagaimanakah EcoStorm menjimatkan bahan bakar?
  • EcoStorm direkabentuk untuk menstabilkan voltan litar elektrik dalam kenderaan anda melalui Teknologi Pengoptimuman Mikro-Tenaga dengan:
    • Pengalihan kuasa yang efektif semasa pemuatan penuh
    • Pengurangan bunyi bising pada aliran arus
    • Aliran elektrik yang bertapis
6. Apakah jenis kenderaan sesuai untuk memasangnya?
  • EcoStorm boleh dipasang pada semua jenis kenderaan dengan bateri bervolt 12V.
7. Adakah EcoStorm akan menjejaskan peranti elektronik atau peralatan elektronik tambahan dalam kenderaan saya?
  • TIDAK. EcoStorm tidak akan menjejaskan peralatan elektronik kenderaan anda. Sebaliknya, EcoStorm dapat melindungi mereka dengan menstabilkan arus elektrik.
8. Perlukah saya menanggal EcoStorm dari soket apabila saya mematikan enjin?
  • TIDAK. Anda boleh tinggalkannya pada soket.
9. Berapakah volt peralatan ini?
  • EcoStorm ialah peralatan yang bervolt 12V.
10. Bagaimanakah saya dapat memastikan produk ini berfungsi?
  • Dengan penunjuk lampu pada tapak bulat EcoStorm. Lampu berkenaan akan bercahaya sekirannya EcoStorm dipasang dengan betul, lampu, menandakannya peralatan itu berfungsi.
11. Berapa lamakah jangka hayat/tempoh penggunaan EcoStorm ?
  • Mekanisme elektronik bagi sebuah kenderaan biasanya mempunyai purata jangka hayat selama 3 tahun; jadi tempoh penggunaan EcoStorm adalah dijangka 3 hingga 5 tahun.
12. Adakah produk ini mempunyai waranti?
  • YA. Produk ini mempunyai tempoh waranti selama satu (1) tahun dari EcoFirst Products Sdn. Bhd.
 
Ujian Prestasi Dengan Dynojet
 
Sebuah kereta diuji tork dan pretasi kuasanya dengan menggunakan sistem Dynojet.
Laporan Ujian Dynojet: