Ecofirst Products
 
English   Malay   中文
Nu3.Bio
Membina Daya Ketahanan untuk Tubuh Badan Yang Bertenaga
EcoWell Nu3-Bio adalah makanan kesihatan berasaskan organik yang dirumus menerusi proses penapaian terpaten. Ia adalah pelindung berkesan menentang pelbagai masalah dan jangkitan berkaitan usus, dengan memanfaatkan sepenuhnya nutrien dalam badan, meningkatkan kesihatan usus serta daya ketahanan terhadap penyakit. Nu3-Bio adalah satu-satunya bakteria di dunia yang "DISAHKAN ORGANIK".
Kandungan :
Oat Flakes, Spirulina, Sweet Potato, Linseed, Barley Flakes, Chick Peas, Spelt Bran, Rye Grain, Chlorophyll, Dunaliella Salina, Alfalfa Grass, Barley Grass, Wheat Grass, Adzuki Beans, Red Lentils, Beetroot, Maize, Alfalfa Seed, B.D. Rice, Mung Beans, Millet, Pro-Biotic Mix, Pecans, Pepitas, Sunflower Kernels, Sesame Seed, Chlorella, Kelp, Kidney Beans.
Cara Hidangan :
Consume 1-3 times a day. Mix 1 sachet (2.5 g) with a glass of cold water (± 150ml), stir and drink immediately.
Organik Probiotik :
Lactobacillus, Acidophilus, Delbreukii, caseii, Fer menti, Plantarum, Helveticus, Lactis, Bifidobacterium, Saccharomyces Cerevisiae.
NUTRITION FACTS Serving Size : 20g / Servings Per Box : 20
Average Composition Per 100g Per Serving
Energy 388 kcal 10 Kcal
Protein 18.2g 0.5g
Carbohydrate 58.8g 1.5g
Fat 8.9g 0.2g
Keistimewaan :
1. Organik
  • Nu3-Bio diperbuat daripada 28 jenis bahan makanan yang kesemuanya 100% semula jadi, bebas toksin dan disahkan organik oleh Australia Organic Food Chain (OFC).
  • Pensijilan organik OFC memberi jaminan kandungan berkualiti tinggi yang bebas daripada kimia, baja, racun serangga dan semburan hormon.
2. Makanan Lengkap Pra-Hadaman
  • Nu3-Bio menggabungkan 28 Makanan Lengkap Hidup, menerusi proses Pra-Hadaman selama tiga minggu untuk meringkaskan protein dan menjadikannya 100% tersedia untuk tubuh badan. Disebabkan tubuh badan biasanya menghadam makanan pada kadar keberkesanan 20%. Pra-Penghadaman berupaya meningkatkan keberkesanan dan bio-ketersediaan nutrien hidup sehingga 500%.
3. Proses Penapaian Organik Terpaten
  • Nu3-Bio diproses menggunakan Flora Ferm™, teknik penapaian eksklusif yang semulajadi dan disahkan organic menggunakan flora probiotik. Flora Ferm™ mencampurkan biji-bijian dan tumbuhan hijau yang ditanam secara organic bagi menghasilkan flora probiotik, untuk merumuskan makanan semula jadi dan sihat.
  • Flora Ferm™ menggabungkan ilmu sains terkini dan pengetahuan tradisional. Proses organik ini semula jadi sepenuhnya dan menekankan penghasilan probiotik berkualiti tinggi tanpa menggunakan jalan pintas dan bahan tambahan kimia.
  • Nu3-Bio adalah cara berkesan untuk mengambil bacteria lactobacilli hidup bagi mempertingkatkan mikroflora usus dan meredakan jangkitan usus.
4. 15 Probiotik Handal
  • Nu3-Bio mengandungi 15 jenis bakteria (Lactobacillus Sporogens, L. acidophilus, L-Delbrueckii, L-Caseii, L-Bulgaricus, L-Causasicus, L.fermenti, L-Plantarum, L-Brevis, L-Helveticus, L-Leichmanni, L-Lactis, Bifidobacterium Bifidum, Saccharomyces Cerevisiae, Saccharomyces Boulardii), berserta sumber makanan bacteria tersebut.
  • Kesemua 15 jenis bacteria ini telah diusahakan selama lebih 18 tahun menerusi eksperimen dan ujian pengkulturan makmal yang berjaya menghasilkan Lactobacillus handal yang tahan lasak. Kehadiran mikroorganisme ini berfaedah kepada tubuh badan kerana ia boleh mewujudkan keadaan ideal untuk pembiakan bacteria berguna.
  • Kajian telah menunjukkan keupayaan Lactobacillus berpindah daripada usus ke noda limfa (proses yang dikenali sebagai translokasi), lalu membiak dalam hempedu serta hati dan seterusnya merangsang daya ketahanan organ tubuh badan ini.
Kebaikan :
1. Untuk Pembinaan Semula Sel
  • Kandungan Nu3-Bio adalah gandingan hebat bijian sempurna berkualiti tinggi. Bijian ini menyediakan semua asid amino penting (termasuk kesemua 8 jenis asid amino utama) enzim dan zat lain untuk menyokong pemeliharaan sel dan tisu badan.
  • Proses Flora Ferm™ yang digunakan untuk Nu3-Bio, di samping menjana flora probiotik, turut membekalkan asid lemak perlu bersumberkan linsid (minyak flaks) yang sedia digunakan oleh tubuh badan tanpa memberi beban tambahan kepada sistem penghadaman.
2. Untuk Peningkatan Daya Ketahanan
  • Daya ketahanan sedia ada tubuh badan dipengaruhi oleh flora usus. Fungsinya adalah untuk bertindak ke atas aktiviti-aktiviti biokimia di dalam usus, contohnya apabila kita makan makanan baru atau asing kepada tubuh badan. Sesetengah jenis Probiotik didapati merangsang kesan immunogen.
  • Nu3-Bio dikultur daripada sumber bijian dan tumbuhan organik dan strain bakteria yang terkandung di dalamnya ‘mesra’ dan bersesuaian dengan bakteria sedia ada di dalam usus, tanpa menimbulkan kesan imunogen.
  • Nu3-Bio membantu memelihara kelancaran fungsi sistem imun badan dengan membantu badan merangsang sel imun menerusi kehadiran bakteria asli yang hidup di dalam usus.
3. Untuk Kesihatan Padu Usus
  • Bagi memperolehi kebaikan Probiotik, kita perlu mengambil sel kultur bakteria yang hidup dan aktif secara tetap. Lactobacillus yang terkandung di dalam Nu3-Bio dapat memberi manfaat kepada usus kita apabila diambil secara tetap kerana ia kaya kultur Lactobacillus hidup.
  • Lactobacillus telah terbukti dapat menyeimbangkan mikroflora usus asli, memperbaiki pengkolonian bakteria dalam usus, saluran pernafasan dan urogenital, membantu penghadaman, menyahtoksin serta memelihara kesihatan yang sihat menerusi kajian klinikal dan penyelidikan biososial yang merentasi banyak kumpulan-kumpulan lanjut usia terkenal.
  • 15 strain bakteria Probiotik kultur yang hidup dalam Nu3-Bio mendorong kesihatan usus dan memperbaiki mekanisme ketahanan badan kita secara keseluruhannya yang tidak ditawarkan dan tidak boleh ditandingi oleh kebanyakan produk Probiotik lain di pasaran!